KOTA KINABALU: Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Yan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan Kota Marudu melibatkan kerugian kira-kira RM636,000, pada 12 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata lima lelaki anggota kumpulan itu ditahan termasuk ketua kumpulan dikenali 'Yan' manakala seorang lagi individu berusia 29 tahun berasal dari Kampung Darau, di sini yang masih bebas kini dikehendaki polis.
Beliau berkata kesemua yang berusia antara 34 hingga 40 tahun itu disyaki terlibat dalam 28 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan satu kes di Kota Marudu, dengan aktif sejak Oktober tahun lepas.
"Kumpulan ini memakai sarung tangan ketika lakukan pecah rumah tetapi polis berjaya kesan dua cap jari di tempat kejadian di sebuah firma guaman yang kehilangan wang tunai RM50,000 serta barang berharga bernilai RM200,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini hari ini.
Mohd Zaidi berkata hasil daripada cap jari itu, satu daripadanya didapati milik Yan yang berusia 37 tahun sebelum berjaya menahan ahli kumpulan yang lain.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan disyaki hasil curi antaranya dua peti besi, empat kenderaan pacuan empat roda, komputer riba dan telefon bimbit.
Kesemuanya mempunyai rekod kesalahan lampau dan positif terhadap syabu, dengan ketua kumpulan itu memiliki 12 rekod melibatkan tujuh kes dadah serta lima pecah rumah.
"Kesemuanya direman bermula 12 hingga 31 Mac ini," katanya menambah mereka menggunakan modus operandi mengenal pasti rumah tidak berpenghuni sebelum memecah masuk pintu utama dengan peralatan seperti kuku kambing.
Mohd Zaidi berkata sebelum ini kumpulan itu yang menggunakan nama 'Geng Gurun' telah berjaya ditumpaskan pada awal tahun lepas, namun Yan mengaktifkan semula kumpulan jenayah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
Mohd Zaidi berkata kesemua yang berusia antara 34 hingga 40 tahun itu disyaki terlibat dalam 28 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan satu kes di Kota Marudu. - Gambar FB Polis Daerah Kota Kinabalu
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Pecut kereta, polis pengiring KM Melaka selamat daripada dihempap pokok
Kenderaan yang dipandu Koperal Mohd Hafifi Kadrai bersama rakan setugasnya, Koperal Wira Putra Johari berada di depan tiga kenderaan rombongan termasuk yang dinaiki Ab. Rauf.
Dua beradik antara tiga lelaki didakwa rompak berkumpulan guna tukul besi
Tiga lelaki termasuk dua beradik hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan menggunakan tukul besi.
Polis tumpaskan 'Geng Yan' aktif kegiatan pecah rumah
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Yan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di sekitar bandar raya ini dan Kota Marudu melibatkan kerugian kira-kira RM636,000, pada 12 Mac lepas.
Syarikat tampil dakwa bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 milik mereka
Siasatan sedang dijalankan polis untuk memastikan wang itu benar milik syarikat terbabit.
20 warga emas ditahan terlibat kegiatan perjudian di Pulau Pinang
Dua puluh warga emas antara 97 individu ditahan kerana terlibat kegiatan perjudian dalam 14 serbuan menerusi Op Limau 2024 dilaksanakan selama 10 hari bermula 15 Feb lepas.
TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Pemandu teksi 'jahat' pulang wang tunai lebih RM50,000
Pemandu teksi itu menemui sejumlah wang tunai ditempat duduk belakang dipercayai milik tiga warga Bangladesh.
Pesawat bawa wang tunai AS$5.6 juta, 127.2kg emas dirampas
10 orang, termasuk enam warga Mesir, seorang Belanda, seorang Sepanyol, seorang Latvia seorang warga Zambia ditahan.
Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas cuba menyogok anggota itu sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen sah di sini Isnin lepas.